k-pop cursor

Shinee /* Start http://www.cursors-4u.com */ body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/people/peo-7/peo894.ani), url(http://cur.cursors-4u.net/people/peo-7/peo894.png), progress !important;} /* End http://www.cursors-4u.com */

Monday 16 December 2013



Zaiton Sameon
Latar belakang
Nama lahirZaiton binti Sameon
Juga dikenali sebagaiZaiton Sameon
Kelahiran1957 (umur 55–56)
Berasal dariMalaysia Negeri Sembilan, Malaysia
PekerjaanPenyanyi


ZAITON SAMEON

Zaiton Sameon seorang penyanyi yang mencipta nama apabila menjuarai juara lagu 1987 dengan lagunya Menaruh Harapan ciptaan A.Ali, lirik oleh Habsah Hasan.
Zaiton Sameon telah terbabit dengan kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali yang turut meragut nyawa anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang berusia 13 tahun di Batang Kali, Selangor pada 21 Februari 1990. Dalam kemalangan tersebut, Van yang mereka naiki telah dilanggar oleh lori. Seorang lagi yang turut meninggal dunia ialah pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari. Beliau telah tidak sedarkan diri selama 11 tahun (Feb 1990-Julai 2001). Selepas pulih ingatan, beliau kembali aktif menyanyi semula. Lagu lagu nyanyian Zaiton Sameon ialah Menaruh Harapan, Kabut Serangkai Mawar ciptaan M Nasir dan Berendam Air Mata.

ALBUM RATU SENSASI...

1. Menadah Impian

2. Kabut Serangkai Mawar

3. Menaruh Harapan

4. Kocek Kosong

5. Engkau Kekasih

6. Fahamilah Daku

7. Kisah Pahit

8. Diriku Tersingkir

9. Damai





PENCAPAIAN....
* Anugerah Juara Lagu 1987
  • "Menaruh Harapan" (A. Ali / Habsah Hassan / Zaiton Sameon)


 * Persembahan Terbaik
  • Zaiton Sameon - "Menaruh Harapan"
* Lirik Terbaik
  • "Menaruh Harapan" - Habsah Hassan


ZAITON CERITAKU

Pada 01 November 2012, filem biografi Zaiton Ceritaku mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Filem arahan Esma Daniel ini diterajui oleh Nadiah Aqilah yang memegang watak utama dan turut dibintangi oleh Shahronizam Noor, Karl Shafek, Norlia Ghani, Fazlina Ahmad Daud dan Arash Mohamad. Filem "Zaiton Ceritaku" ini mengupas kembali detik-detik perjalanan Zaiton Sameon ketika meniti zaman popularitinya sehingga beliau jatuh akibat peristiwa hitam yang berlaku dalam hidupnya seperti kemalangan ngeri yang mengorbankan anak kesayangannya, kisah keluarganya, kisah mereka yang cuba memperalatkan dirinya dan juga kisah kemunculan seorang lelaki yang jujur ingin membantu.
 

 TRAGEDI ZAITON SAMEON


 Suatu ketika dulu, lagu Menaruh Harapan, pernah berjaya mencipta kemenangan di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 1987.

Sejak menjuarai anugerah berprestij ini, nama Zaiton Sameon, 56, semakin dikenali dan menjadi bualan ramai. Mana tidaknya, dengan penampilannya yang sentiasa bergaya dengan gaun-gaun berwarna terang, Zaiton berjaya mencipta fenomena tersendiri.

Namun, tragedi 21 Februari 1990 seakan meragut segalanya dan Zaiton terpaksa akur dengan kehilangan anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar, yang berusia 13 tahun dalam satu kemalangan.

Bukan hanya terpaksa menerima hakikat ketiadaan anak kesayangan, malah kemalangan itu turut memberi kesan mendalam kepadanya setelah koma beberapa hari.

Kemalangan yang berlaku di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, di Batang Kali, itu mengakibatkan kecederaan teruk di kepalanya sehingga melemahkan daya ingatan. Dari saat itulah, zaman kegemilangannya semakin malap dan terus malap.

Dalam kemalangan itu, van yang mereka naiki dilanggar oleh sebuah lori ketika perjalanan pulang dari menghadiri persembahan di Kuala Ketil. Kemalangan itu turut mengorbankan pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari.
Mengakui, tragedi itu adalah peristiwa yang paling pahit dalam hidupnya, Zaiton masih tidak dapat melupakan insiden itu, walhal ianya telah berlalu lebih 22 tahun.

“Saya tak akan lupakan peristiwa itu sampai bila-bila. Sehingga kini, ia masih segar di ingatan dan saya masih boleh mengingati saat-saat terakhir bersama arwah anak.

“Saya mengambil masa yang lama untuk menerima hakikat yang saya telah kehilangan putera tersayang. Namun, segala ketentuan telah ditetapkan oleh-Nya.

“Sebagai hamba-Nya, saya hanya mampu berserah dan cuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Masa yang ada kini, saya gunakan untuk mendalami ilmu-ilmu agama. Saya banyak membaca buku-buku yang berkisarkan tentang ilmu dan agama jika ada masa terluang,” katanya yang kini menetap bersama anak angkatnya di Ampang.

BERMULA DARI KELAB MALAM

Mengakui minatnya untuk bergelar penyanyi bercambah di usia kecil lagi, Zaiton menganggap penglibatan dirinya sebagai penyanyi didorong oleh keluarga yang terlibat secara langsung dalam bidang seni tari.

Kata Zaiton, arwah bapanya memang aktif dalam bidang seni tari di negeri kelahirannya, Melaka. Sejak kecil lagi, dia menyaksikan persembahan tarian bapanya di sekitar Melaka.

“Sebab itulah, keluarga saya tidak pernah melarang untuk bergelar penyanyi. Pada awal tahun 70 an, saya menyertai Band Polis Hutan (BPH) untuk mengasah bakat dalam seni suara.

“Lagipun, ketika itu bekas suami saya adalah salah seorang ahli kumpulan tersebut. Sehinggalah pada pertengahan tahun 70 an, saya menerima tawaran untuk menyanyi di kelab malam.

“Ketika menghadiri persembahan nyanyian di hotel terkemuka pada awal 80-an, saya ditawarkan untuk merakamkan album pertama, "Menaruh Harapan". Bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal, saya terus menerima dan sejak itulah, saya mula aktif dan dikenali,” katanya yang tidak pernah menyangka dinobatkan sebagai juara AJL 1987.

Katanya, ketika pertandingan AJL ketika itu, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang, cukup sekadar berjaya disenaraikan bersama nama-nama besar seperti Fransisca Peter, Datuk Khatijah Ibrahim, Raja Ema dan Allahyarham Sudirman.

“Ketika AJL, ibu bapa saya turut hadir. Apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang, saya terus bertepuk tangan. Saya tidak sedar mereka umum nama saya.

“Kemudian, ibu saya memberitahu, “Eton, kau menang!”. Tapi, saya masih ragu-ragu untuk bangun kerana tidak menyangka kemenangan itu milik saya.

“Tidak tahu bagaimana nak ungkapkan perasaan gembira, semua perasaan bercampur. Apa yang pasti, saya berjaya membuktikan kebolehan saya di pentas berprestij itu,” kata Zaiton yang kisahnya diangkat sebagai filem, "Ceritaku".